E-learning (Tutorial Origami 1)

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 January 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu tutorial dalam menghasilkan origami haiwan seperti rabit, burung, serigala dan katak menggunakan kertas warna dan A4. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti kelas ini.

Aktiviti menghasilkan origami ini dapat melatih perkembangan koordinasi mata dan tangan para peserta. Selain untuk mata dan tangan, ia juga melatih para peserta memberi tumpuan terhadap arahan penolong pengurus Pim, dan memberi gerak balas dengan tepat. Bahan-bahan untuk aktiviti origami ialah seperti kertas origami (berwarna), gam, gunting dan pensel warna.Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali